Taklimat Pengenalan PI1M Bersama PKG Trong

11 April 2018 | Aktiviti Terkini

Taklimat ini berlangsung selama dua jam di Pusat Kegiatan Guru, SK Toh Johan, Trong. Matlamat penyampaian taklimat ini adalah untuk memperkenalkan fungsi PI1M kepada guru-guru sekolah di sekitar kawasan pentadbiran PKG Trong. Disamping memperkenalkan kewujudan PI1M, guru-guru tersebut turut ditawarkan dengan senarai kelas ICT yang dianjurkan oleh PI1M pada bulan Mei hingga Julai. Para guru tersebut boleh menghantar pelajar mereka ke PI1M untuk menyertai kelas-kelas tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali